Thursday 2 June 2011

Tanda Lelaki Ingin Putuskan Hubungan

Lelaki mungkin sukar untuk melafazkan kata putus, tetapi bila si dia mulai menjauhkan diri, itulah tandanya si dia mulai jauhkan diri dari anda. Hati-hati dengan perubahan dan lihat di cermin kesilapan dalam sedar atau tidak yang anda lakukan sehingga mengguris perasaannya. Lelaki juga sensitive……

Sering Ingkar Janji

Si dia mula tidak menepati janji untuk bertemu anda! Ada sahaja alasan saat-saat terakhir untuk tidak dapat bertemu dengan anda.

Pelbagai Persoalan

Lelaki bukanlah lelaki yang mudah untuk meluahkan segala-galanya. Ketika dia merasakan kehilangan cintanya, pelbagai soalan akan mula di tanya…… “Adakah kamu rasa seperti ada yang tidak kena dengan perhubungan ini?” “Mungkin aku bukan orang yang tepat untuk mu…”

Rakan lebih penting

Si dia mulai mencari teman-teman lamanya. Jika dahulu masa hanya dihabiskan bersama kamu, sekarang si dia mulai menghabiskan masa berhibur bersama rakan-rakan. Di hujung-hujung nanti bila anda mula merungut, barulah dia akan berkata anda mengongkong kehidupannya dan meminta putus.

Mula memuji wanita lain

Biarpun dahulu si dia mengagumi kecantikan wanita lain, tetapi tidak pernah diungkapkan di hadapan kekasih hatinya. Tetapi tiba-tiba si dia mula memuji kecantikkan dan kehebatan wanita lain, itu bermakna dia ingin anda berasa cemburu dan tidak lagi menjaga hati perasaan anda.

Mengapa Dia Ingin Putus ?????

Baby, you’re boring……

Sebahagian lelaki ada beranggapan bahawa wanita yang manja adalah jenis yang cute dan comel. Tapi kalau berlebihan apa jadinya, ya? Membosankan ! Jawapan itu memang tidak akan keluar langsung dari mulutnya. Tapi jangan terkejut bila si dia mulai memberikan pelbagai alasan, saat anda merengek ingin di hantar ke salon, pusat membeli-belah atau jalan-jalan. Lelaki mulai jemu dan tidak tahan lagi dengan perangai manjanya…..

3 comments:

Judh said...

nice sharing :)

Dda Ly said...

hehehe ade jgak tanda² ye? urmm :)
meh ke rumah..
~Damia dan JKM~
keep in touch ye..♥♥♥

Pha Is said...

hmm... ye la kot... tak tau la.. tak de experience lagi... hehehe