Tuesday 31 May 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

Tadaaaaa!! 

banner mid-year GA

Cantik la, ada giveaway…suke2..hehehe
Manatau boleh menang, lagipun hadiah dia best2 tau…
Ramai sponser antaranya :::


Ramaikan sponser dia, caya la…hadian pun memang cun la…antaranya ::::
cats

IMG_3679

cats

Banyakkan…jadi, apa lg jom join ramai2…klu bleh pakat satu kg…hehehehe ( ada2 je sya ni )
Harap2, bleh la menang….hehehehe selamat join ….

Apa khabar jodohku ?

Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Pemenang Bloglist Kategori Berinfomasi

Hai,

Terkini….hehehe Jom terjah pemenang bloglist berinfomasi…..!!!












This adalah pemenang bagi bloglist berinfomasi ….Tq coz sudi join…kepada yg tak menang, teruskan berblog…dan tq coz sertai bloglist Qiszana…smile always….


Pemenang Bloglist Kategori Cantik

Hai,

Monday 30 May 2011

Pemenang Bloglist Kategori Kemas !!!

Hai,

Terkini….hehehe Jom terjah pemenang bloglist kemas…..!!!











This adalah pemenang bagi bloglist kemas….Tq coz sudi join…kepada yg tak menang, teruskan berblog…dan tq coz sertai bloglist Qiszana…smile always….

Pencarian Blog BY Qiszana

( Sticky Post - Entri Terbaru Dibawa )
PENCARIAN BLOGLIST TELAH DITUTUP !!!
Hai …

Hari ni, qis nak mencari blog-blog yang akan menjadi bloglist qis.

Sambil-sambil promote blog tu. Tak salahkan buat macam tu. Jadi siapa nak ikut, jom tengok  syarat2 berikut.

Qiszana

1. Letakkan banner Qiszana. (Wajib )

2. Follow blog supaya senang update entri baru Qis ( tak wajib )

3. Buat Entri Bertajuk ::: Pencarian Blog Kemas, Cantik dan Berinfomasi BY QISZANA

4. Pencarian Blog ada 3 kategori :::  Pertama : Blog Kemas …Kedua : Blog Cantik…Ketiga : Blog Berinfomasi. Jadi korang boleh pilih kategori apa yang korang nak masuk. Supaya senang nak qiszana pilih. ( Wajib )

5. Setiap kategori, hanya akan dipilih 10 blog sahaja.

6. Linkkan entri anda dekat sini beserta kategori yang dipilih.

Ni hanya pencarian blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist Qiszana sahaja dan sambil review blog yang terpilih.

Tarikh Tutup ::: 30 MAY 2011


Senarai Peserta Terkini

JOM TERJAH PESERTA BLOGLIST QISZANA!

Hai,

JOM TERJAH PESERTA BLOGLIST QIS……

KATEGORI KEMAS

KATEGORI CANTIK

KATEGORI BERINFOMASI

KEPUTUSAN AKAN DIUMUMKAN MALAM NANTI….NANTIKAN….!!!

Sunday 29 May 2011

Misi menterjah tak lama lagi

Hai,

Terima kasih banyak2 cz join bloglist Qis…ramai jgk yg join…sakit tangan Qis copy link korang tau..hehehe tp takpe Qis suka…hehehe lg ramai join lg best kan…kan …hehehe

Tunggu tau kptusan dia esk, Qis akan terjah start 12 malam nanti hope semua da ready dengan blog masing2…n da kemas kan mana yg serabut dan cantikkn mana yg patut dan bagi lg berinfomasi.

Sayang korang semua …….nnt kita buat contest pulak…….papai!

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Santai Bersama BEN ASHAARI

Hai,

Ramai yg join tp ada syaratnya…mesti follower 500 ke bawah….hehehe
Still boleh join lg…sbb lum sampai 500 pun follower Qis ni…

Segmen untk blogger baru katakan

Saturday 28 May 2011

Review Peserta Bertuah Bloglist Qiszana #5

Hai,    
   
Qis pun meringankan tgn nie utk review blog yang join bloglist Qis, yang kira bertuah la bukan pemenang tau. Just nk review…to support blogger…

Blog nie tersenarai dalam bloglist kemas.


Blog nie comel sangat2, x benda nak komen. Memang nampak kemas sangat, widgt dia pun tersusun kemas. Cuma aku terpaksa printscreen header dia. Tak bleh copyright…huhuhu tp tkpe, redah je…hehehe
Nice blog…^_^

Klik Sini klu nak masuk blog dia :::


Moga kamu terus success dlm berblog. Smile……



Friday 27 May 2011

Review Peserta Bertuah Bloglist Qiszana #4

Hai,    
   
Qis pun meringankan tgn nie utk review blog yang join bloglist Qis, yang kira bertuah la bukan pemenang tau. Just nk review…to support blogger…

Tersenarai dlm blog berinfomasi.

kunang-kunang

Blog ni ok, black color tue pun ok juga just tak berapa ok dekat template dia. Cuba bagi nampak ada border sikit. Bleh nampak cantik sikit. Widget pun bagi kemas sikit supaya tak serabut sangat…hehehe

Jangan marah ek Qis tegur Blog kmu…

Klik Sini klu nak masuk blog dia ::


Moga kamu terus success dlm berblog. Smile……

Review Peserta Bertuah Bloglist Qiszana #3

Hai,       
Qis pun meringankan tgn nie utk review blog yang join bloglist Qis, yang kira bertuah la bukan pemenang tau. Just nk review…to support blogger…

Ok petang ni Qis review bloglist Qis dlm senarai blog cantik….hehehehe

normala_ali

Hehehe blog nie kemas just ada beberapa widget yg x perlu tue kena buang..hehehe klu nak kemaskan lg la. Klu pasal cantik blog nie bleh la cantik dia, just kurang menyerlah kecantikkan dia…

Jangan marah ek Qis tegur…

Klik Sini klu nak masuk blog dia ::


Moga kamu terus success dlm berblog. Smile……


Thursday 26 May 2011

Review Peserta Bertuah Bloglist Qiszana #2

hai,

Qis pun meringankan tgn nie utk review blog yang join bloglist Qis, yang kira bertuah la bukan pemenang tau. Just nk review…to support blogger…

Sebelum nk tido review dulu blog nie, dia dlm senarai Bloglist Qis Kategori cantik :::

aXis of my inSpiratiOn

Header dia memang cun, cantik la. Just background dia hitam jak bila kita scroll dkt bawah, rasa mcm tak nampak cantik pula. Widget dekat tepi pun perlu kemaskan lg. Hope u tak marah ye Qis komen blog Kmu.

Klu nak menang kena cantikkan lagi ek…heheheh jangan marah ^_^

Klik Sini klu nak masuk blog dia ::


Moga kamu terus success dlm berblog. Smile……

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

Santai Bersama BEN ASHAARI

Encik Ben buat segmen la, segmen kenal blogger baru. Nak ikut la ( gedik sikit …hehehe )

Jom join ramai-ramai tapi ada syarat la pulak mesti follower bawah seribu ( 1000 ). Follower Qis takat 200 lebih jak x sampai seribu pun encik ben…hahaha

Gembira dpt join…!!!! Lompat dan terus lompat….hehehehe

Klu nak join klik sini ek….


Review Peserta Bertuah Bloglist Qiszana #1

Hai,

Boring pulak malam-malam ni, jadi Qis pun meringankan tgn nie utk review blog yang join bloglist Qis, yang kira bertuah la bukan pemenang tau. Just nk review…to support blogger…

Blog yang bertuah adalah blog yg ikut pencarian Boglist berinfomasi iaitu :::

syaisya.com

Blog nie simple tapi tak berapa kemas lagi, info yang dia bagi pun ok. Cuma background dia so simple. Klu simple sesangat pun tak cantik jugakan…heheheh harap kamu bleh perbaikki lagi hope kamu tak marah Qis tegur blog kamu ye…

Klik Sini klu nak masuk blog dia ::


Moga kamu terus success dlm berblog. Smile……

Saya pula yang berdebar

Hai semua

Rasanya sya pula yg berdebar nk terjah bloglist Qis nie. Excited giler nk tgk blog-blog yg join bloglist Qis. Lupa plk hangpa nak habak kat semua ye. Qis berjaya menang tau x ??? menang apa ??? menang bloglist…hehe masuk g bloglist cik MyMye MyMya, alamak nama dia pnjang sgt la, opsss!! Lupa plk just call her Miemi@miema, terbaca dkt profile dia.

Buat bloglist sndiri, akhirnya menang msk bloglist org len pula. Gembira sakan Qis tau, nk lmpat2 ni pun ada jgk ni. Emmmmm, jgn lupa tgk pemenang bloglist Qis jgk. Nnt klu ada rezeki banyak dari nuffang bleh wt contest..hehehehe

Macam mana la nk dpt BE byk kt nuffang tu ??? pikir sejenak…layan!!!! Hehehe  ( kan best klu dpt Be mcm kak yuyu )

Memang da giler duit Qis ni…hahahaha 

Kasih Sayang Ayah

Lakaran garisan diwajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri.
Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya,kerukunan institusi keluarga itu mungkin akan sedikit longgar.
Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.
Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa. Adakah kita seperti yang dia inginkan?
Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu, adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya.
Tiada bapa yang mahu melihat anaknya ketagihan dadah, yang mahu anaknya menjadi penipu, yang mahu anaknya menjadi pengemis. Dia cuma mahu anaknya menjadi seorang yang berguna, yang dapat menimbulkan gelora bangga dan kesyukuran kerana pengorbanannya mendidik kita tidak sia-sia.
Mari kita tepuk dada sejenak, bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menjadi anak yang dapat membanggakan dia? Adakah kita pernah berusaha sedemikian rupa? Atau kita sekadar berusaha untuk kekasih hati kita yang bila-bila masa akan meninggalkan kita? Fikirkan!
Rata-rata timbul disetiap pelusuk dada-dada akhbar,memaparkan kesalahan sosial golongan kita pada masa kini yang setiap saat ada sahaja timbul isu yang baru.
Isu pembuangan bayi masih belum-belum lagi berhenti, masalah dadah, mencuri, bahkan membunuh ibu bapa sendiri. Inikah diri kita yang boleh dikatakan dapat membanggakannya? Berlinang air matanya apabila melihat anak sendiri terlibat dalam masalah sosial, bergolok gadai mengupah peguam dirinya demi memastikan anak sendiri bebas dari penjara, tetapi setelah bebas, kesalahan yang sama masih dilakukan.
Bagaimana kita hendak membalas jasanya,sedangkan diri sendiri masih di awangan? Permasalahan sosial ini bukan berpunca dari kita semua, tetapi hampir semua, yang dari setiap detik semakin membarah dari hari ke hari.
"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintah-Mu."

Wednesday 25 May 2011

Saya Nak Masuk Bloglist MyMye MyMya

♥ MyMye MyMya ♥

Tadi sya blogwalking selepas tu jmpa bloglist dari cik MyMye MyMya.
Sya pun nk ikut bloglist jgk, letih asyik tgk bloglist sendiri jak...
Jum ikut ramai-ramai, mana tahu masuk dekat blog Qis lepas tu msk dkt bloglist dia lg.
Tapi blog kena la ringan klu nak msk bloglist dia…kena timbang dulu ek….klu ringan dpt la msk…
Klik Sini klu nak ikut join…

Tuesday 24 May 2011

10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri


Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.


Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.


Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya


Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri :


1.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

2.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.


3.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.


4.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!


5.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.


6.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.


7.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!


8.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.


9.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.


Artikel Luv Islam