Thursday, 26 May 2011

Saya pula yang berdebar

Hai semua

Rasanya sya pula yg berdebar nk terjah bloglist Qis nie. Excited giler nk tgk blog-blog yg join bloglist Qis. Lupa plk hangpa nak habak kat semua ye. Qis berjaya menang tau x ??? menang apa ??? menang bloglist…hehe masuk g bloglist cik MyMye MyMya, alamak nama dia pnjang sgt la, opsss!! Lupa plk just call her Miemi@miema, terbaca dkt profile dia.

Buat bloglist sndiri, akhirnya menang msk bloglist org len pula. Gembira sakan Qis tau, nk lmpat2 ni pun ada jgk ni. Emmmmm, jgn lupa tgk pemenang bloglist Qis jgk. Nnt klu ada rezeki banyak dari nuffang bleh wt contest..hehehehe

Macam mana la nk dpt BE byk kt nuffang tu ??? pikir sejenak…layan!!!! Hehehe  ( kan best klu dpt Be mcm kak yuyu )

Memang da giler duit Qis ni…hahahaha 

Kasih Sayang Ayah

Lakaran garisan diwajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri.
Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya,kerukunan institusi keluarga itu mungkin akan sedikit longgar.
Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.
Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa. Adakah kita seperti yang dia inginkan?
Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu, adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya.
Tiada bapa yang mahu melihat anaknya ketagihan dadah, yang mahu anaknya menjadi penipu, yang mahu anaknya menjadi pengemis. Dia cuma mahu anaknya menjadi seorang yang berguna, yang dapat menimbulkan gelora bangga dan kesyukuran kerana pengorbanannya mendidik kita tidak sia-sia.
Mari kita tepuk dada sejenak, bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menjadi anak yang dapat membanggakan dia? Adakah kita pernah berusaha sedemikian rupa? Atau kita sekadar berusaha untuk kekasih hati kita yang bila-bila masa akan meninggalkan kita? Fikirkan!
Rata-rata timbul disetiap pelusuk dada-dada akhbar,memaparkan kesalahan sosial golongan kita pada masa kini yang setiap saat ada sahaja timbul isu yang baru.
Isu pembuangan bayi masih belum-belum lagi berhenti, masalah dadah, mencuri, bahkan membunuh ibu bapa sendiri. Inikah diri kita yang boleh dikatakan dapat membanggakannya? Berlinang air matanya apabila melihat anak sendiri terlibat dalam masalah sosial, bergolok gadai mengupah peguam dirinya demi memastikan anak sendiri bebas dari penjara, tetapi setelah bebas, kesalahan yang sama masih dilakukan.
Bagaimana kita hendak membalas jasanya,sedangkan diri sendiri masih di awangan? Permasalahan sosial ini bukan berpunca dari kita semua, tetapi hampir semua, yang dari setiap detik semakin membarah dari hari ke hari.
"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintah-Mu."

Wednesday, 25 May 2011

Saya Nak Masuk Bloglist MyMye MyMya

♥ MyMye MyMya ♥

Tadi sya blogwalking selepas tu jmpa bloglist dari cik MyMye MyMya.
Sya pun nk ikut bloglist jgk, letih asyik tgk bloglist sendiri jak...
Jum ikut ramai-ramai, mana tahu masuk dekat blog Qis lepas tu msk dkt bloglist dia lg.
Tapi blog kena la ringan klu nak msk bloglist dia…kena timbang dulu ek….klu ringan dpt la msk…
Klik Sini klu nak ikut join…

Tuesday, 24 May 2011

10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri


Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.


Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.


Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya


Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri :


1.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

2.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.


3.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.


4.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!


5.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.


6.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.


7.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!


8.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.


9.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.


Artikel Luv Islam