Saturday 16 April 2011

Pengguna Facebook Di Malaysia Berkurangan?


Walaupun Facebook sedang meningkat dengan mendadak akhir-akhir ini, namun ianya kelihatan yang mana di Malaysia, Facebook menunjukkan trend yang berbeza. Akhir-akhir ini, pengguna berdaftar Facebook di Malaysia seperti berkurangan, kini jatuh bawah 10 juta pengguna sahaja.

Sebelum ini, angka pengguna Facebook di Malaysia melangkaui 10 juta pengguna pada bulan Februari yang lalu. Namun begitu, melalui data terkini daripada SocialBakers, ianya memperlihatkan pengguna Facebook di Malaysia hanya sekitar 9.9 juta sahaja, selain memperlihatkan graf yang berkurangan berbanding sebelumnya yang meningkat sahaja.

Graf Pengguna Facebook Malaysia Pada 3 Bulan Terakhir Ini 

Walaubagaimanapun, hendaklah diambil perhatian yang mana ianya bukanlah suatu data rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Facebook. Namun begitu, ianya mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu rujukan, dan adakah makin ramai pengguna Facebook tempatan yang memadam akaun mereka di laman sosial terkemuka itu?

5 comments:

G3-lina said...

malaysian sekarang main blog pulak.. ngee

msredcheesecake said...

diorang layan twitter..lagi senang...

Anonymous said...

great info...thanks
maybe kita orang malaysia ni suka benda suam2 kuku je...mula2 je panas, pastu slow semula...

btw, dari gegar lagi BenA
dtg sinin nak follous and jom gegar2 lagi...hehehee

aCap
ke blogku

cujern said...

betul tu..skrg layan twitter.


salam singgah dari CUJEN THE LEJEN

GET A FREE SAMPEL OF THE CLARINS PRODUCT HERE

Cik Cempaka said...

huhu, kite pon dah slow facebook2 nie..busan dah...