Wednesday 20 April 2011

Kerana Cantik Atau Hati

Dalam dunia yang nyata, memang tidak dapat dinafikan sesetengah orang lebih memandang paras rupa dari hati. Mereka lebih memilih rupa yang cantik/hensem dari hati yang baik.

Bukannya salah kita memilih yang cantik/hensem. Siapa tak nak melihat kekasihnya yang cantik/hensem. Semua manusia pun mahu. Cuma jangan la kita terlalu mengejar paras rupa yang cantik/hensem sampai kita sendiri lupa menilai hati budi dia. Kerana hanya kecantikkan, kita lupa menilai hati.

Cantik, comel, kacak, bergaya, menawan dan sebagainya…adakah hati dia juga secantik itu? Kalau paras rupa sahaja memikat kalbu tapi hati bagai bangkai yang busuk, penuh dengan riak, hasad dengki, bangga diri dan tiada perasaan. Takde guna juga. Ia hanya menyeksa diri kita sendiri sahaja.

Tapi tak semua macam itu, ada yang memang hati dia baik sebaik wajahnya. Beruntunglah kalau kita menemui orang yang macam itu. Cantik/hensem ada la satu bonus bagi kita. Hati adalah perkara yang penting, kalau hati seseorang itu cantik, rupa paras juga akan lebih cantik. Hidup kita bukan nak mengejar kecantikan or kehenseman. Yang penting sekarang keikhlasan hati.

6 comments:

jaya jr said...

sebab tu kadang-kadang sukar nak memilih pasangan..hehe

Ir. Jamal said...

InsyaAllah..kalo nak pilih pasangan..buat la Solat Sunat Istikharah..

Jamal setuju dengan post nie..dan pandanglah seseorang itu dengan pandangan mata hati..bukan sekadar pandangan zahir saje kan.. :-)

INI BLOG JAMAL(1)

INI BLOG JAMAL(2)

Lelaki Ini said...

relax...

nadira shahid said...

cantik akhlak sgt penting dari cantik rupa.. Muke boleh berkedut, badan boleh mengembang ;p tapi hati baik kekal selamanya ;)

Anonymous said...

sangat setuju.. :)

shamyheart said...

susah nak pilih yg sesuai