Tuesday 19 April 2011

Blogger Hanya Untuk Pengguna Akaun Google

alt

Mungkin semua sedia maklum yang mana Blogger merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google, dan sehingga kini ianya masih membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Blogger lama.
Namun, ianya tidak lama lagi, memandangkan kini Google telah pun mengumumkan penghentian sokongan untuk akaun Blogger lama.
Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google.
Anda ingin menjadi 'blogstarz'? Kunjungi http://web.iluvislam.com. Dapatkan pakej hosting bermula serendah RM69 setahun sekarang juga!
Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih.
Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut.
Para pengguna yang belum memindahkan akaun mereka ke akaun Google, boleh melakukannya dengan mudah di halaman pertukaran khas di Blogger.
Nampaknya kini Google memberikan penekanan yang serius untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan mereka menggunakan akaun Google.
Sebelum ini, YouTube juga telah mengeluarkan amaran yang lebih kurang serupa, meminta para pengguna YouTube untuk menggunakan akaun Google berbanding akaun YouTube seperti sebelumnya

5 comments:

Izyan Masri said...

DAH AMA REGISTER KAT GMAIL.YEAY ! XD

Eliza Sulaiman said...

wuuuuuuuuu~

ya kah nie ?

AZRI said...

cop,berita ni kurang tepat...cuba check balik sumber:)

anak papa said...

lalalala~~ qiszana di tag..

Mohd Hazwan said...

betul ke...
ada bace dekat mane ntah dorang cakap rumours jer.,,dah la guna email yahoo ni ish3