Thursday 19 May 2011

Cuba bunuh diri kerana putus cinta | Berita

CHANGCHUN: Seorang bakal pengantin perempuan yang kecewa cuba terjun dari sebuah bangunan dengan pakaian pengantinnya.
Wanita itu, Li-Wan bertindak demikian selepas teman lelakinya memutuskan hubungan mereka.

Li-Wan yang begitu hampa duduk di atas belebas tingkap tingkat enam sebuah bangunan di wilayah Jilin, China, sambil menangis, beberapa jam selepas teman lelakinya, Wan Lu membatalkan perkahwinan mereka.
Ketika dia terjun dari belebas itu, seorang pengurus sebuah pejabat, Guo Zhongfan berjaya menangkap dan memaut lehernya.

Seorang saksi berkata, di tingkat bawah, ramai lagi orang membantu dengan memegang kaki wanita berkenaan sementara Zhongfan menarik Li-Wan ke atas dengan menggunakan skirtnya yang panjang.

“Dia begitu kecewa selepas percintaannya berakhir. Tetapi selepas kejadian itu, dia sedar dia mempunyai peluang kedua dan perlu menggunakan peluang itu sepenuhnya.” - Agensi

By Metro Harian


3 comments:

zuwaidah said...

putus cinta jgn sampai membunuh diri atau merosakkan diri sendiri. cinta kedua mungkin lebih baik dari yang pertama. apa2pun kita sebagai hamba ALLAH, mengadu padaNYa adalah lebih baik daripada terus bersedih hati

aindzaya said...

MANUSIA YG TAKDE PENGANGAN AGAMA CAMNI LA..

fRaMe+LenSeS said...

nauzubillah.. mga dijauhkan kita dari perkara macam ni.. amin2.. :D