Sunday 26 June 2011

Perhimpunan Haram ?????

Sya tengok perhimpunan haram ni semankin menjadi-jadi sahaja tau. Ntah la, nak kata dorang ni ada pelajaran, sah-sah la ada pelajaran tapi otak macam cetak la bebenar.  sya pun tak tau la, bagus-bagus ada jalan penyelesaian yang baik tapi suka dengan kekerasan yang akhirnya membawa padah kepada ramai orang.

Kenapa ???? dorang nak sangat kejadian 13 mei tue berulang semula ???? kata dah merdeka ????

Sya ingat orang Malaysia ni suka keharmonian, tapi sya sesal sebab mereka lebih suka kekerasan. Allah berikan akal untuk berfikir…jadi fikir la betul-betul. 

Sunday 19 June 2011

Artis ! Oh Artis !

Mcm2 ragam je dunia artis ni, ada dikata lesbian la, gay la dan byk lg la. Pastu ada yg anggap diri dorang perfect sgt2. Mcm sorang artis ni. Sapa ada tgk melodi pham2 je la…dia kata twitter ni tmpt dia nk lepas perasaan dia semua. Hai ! helo ! memang tiada spa nak marah tp cuba pikir tul3….

Patut ke semua hal u, u nak bagi tau dengan umum. Siapa yg buat kamu geram, siapa yg buat anda sakit hati, ntah kita nak dapat publisiti murahan je. Bukan nak kata apa, dari dia cerita keburukan org baik dia bgtau yg baik2. Tak paya nk jatuhkn org lain menggunakan twitter tu.

Artis ni pun sya rasa perasaa je dia byk follower sgt sampai ingat semua suka dia. Muka je cantik tiada guna jugak kalau hati tu busuk, suka jatuhkan org lain…kan x 3……

Saturday 18 June 2011

Hacker Semakin Berleluasa


Banyal hal berlaku sekarang ni, banyak hacker berleluasa di luar sana yang nak hack laman2 kerajaan. Rasanya mereka memberontak akibat sekatan yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Dalam berita dorang dah kenal pasti siapa yang penggodam web2 tersebut.

Baca kat sini ‘Penggodam sudah dikenal pasti’

Wednesday 15 June 2011

Kejadian Gerhana Bulan Penuh!

Sya curi entri jap……Tentang “GERHANA BULAN PENUH”

Pagi nie aku dengar sebuah berita yang mengatakan terjadinya satu gerhana bulan penuh pada malam 16 jun 2011. Aku pun apa lagi baca la dekat blog Nasa kat http://www.space.com. Mungkin pada malam ini 15 jun 2011 akan kelihatan bulan melawati bayang-bayang bumi.

Gerhana kali ini akan menjadi salah satu yang terpanjang dalam 100 tahun. Dalam http://www.space.com, Sabtu (11/6/2011),  gerhana penuh yang boleh menandingi gerhana yang terjadi  pada pada 16 Julai 1935 selama 101 minit, 6 julai 1982, dan 16 julai 2000 selama 107 minit. Gerhana bulan penuh yang panjang berikutnya diperkirakan terjadi pada 27 julai 2018 selama 106 minit…….Bersambung…..


Sunday 12 June 2011

Adat Pertandingan La Woi !!!

Adt pertandingan ada kalah dan menang. Pasal bola pun korang nk gaduh2 jgk ke. Da memang bukan rezeki Kelantan nk wt camna jgk kn. Pemain pro pun bleh salah time perlawanan apa lg baru pemain Malaysia yg kira baru nk naik kn.

Lg pun dia bukan nk jadi macam tu jgk. Dia tanduk sebab nak pertahankan kawasan dia. Yg korang asyik nk tuduh n slh kn dia  je. Cuba tgk btul2…..kalah menang tu kira rezeki la. Da dia wt terbaik mungkin mcm mana jgk.

Tahniah kpd yg menang  “terengganu” tahun dpn kan still ada lg. Kelantan bleh bekerja keras lg kn….kan…tingkatkan presasi bukan asyik menyalahkan org jak.

Sergeant Keroro Cari Krew Baru

Jom Join bloglist Keroro crew ni….Cute sya tgk gmbar header dia ni….Dia mncari 100 crew untk dijadikan bloglist dia sekarang da 77 org…ntah sya ni yg keberapa tp join jak la..manatau bleh jadi crew dia…mcm alien pulak sya tgk header dia ni….

Klu nak join klik sini Segmen Keroro Cari Crew Baru

"INVASION" PLAN!!
Cute2.......hehehe

Cinta Jarak Jauh

Heheehe sya trbaca dkt blog sorang ni tentang cinta jarak jauh. Mmg paya la cinta jarak jauh ni, yg dekat ni pun boleh berhenti di tgh jalan apa lg yg duduk jauh dari kekasih hati kn…kn…kan….

Tapi klu ada kesetian dan kepercayaan semua bleh jak, yg pnting keikhlasan kita nk mencintai seseorg tu. Bak kata org “ tak knl maka tak cinta…tapi klu knl tapi tak jumpa langsung lama2 bleh pudar jgk kan. Klu nak bca selajutnya baca kat sini,…..Hubungan Cinta Jarak Jauh, blog ni gua minat jgk la.

Cinta, cinta jgk tp jngan sampai maruah diri tercemar dek kerna cinta tu. Cinta kepada manusia terutamanya. Pikir2 kan la yooooo….cinta jarak jauh ke, jarak dekat ke, jarak terlebih dekat ke atau xde jarak sama jak pon yg penting …hati org tu…kanx3…

Slnjutnya bca kt sini Hubungan Cinta Jarak Jauh

Friday 10 June 2011

Segmen | Aku kenal Lulu Caldina.


Hai,

Saya tak kenal pun sangat ngn lulu caldina, tapi dia agak pemes jgk. Org nye pun comel dan cantik gitu deh. Nk kata pa lg, blog dia cunt p widget kt tepi tu mcm x brpa kems lg…hehe jgn mrh ye lulu..just tgur mana yg patut je.

Klik sini klu nk join sama…. Segmen | Aku kenal Lulu Caldina.

Blogging itu Aku Suka!


TARIKH TUTUP : 15 JUNE 2011
*cepat cepat cepat (:*

Jom join rmai2…klu nk join kluk sini Blogging itu Aku Suka!

Thursday 9 June 2011

Mengubah Ciptaan Allah

Ramai skg yang tahu hukum haram tapi masih lagi membuatnya kerana ingin cantik. Antaranya :::

Membuat tatu, adalah perbuatan yang di laknat oleh Allah. Begitu juga dengan meyambung rambut seperti gunakan rambut palsu atas dasar kecantikkan. Sama juga dengan mewarna rambut kecuali dengan inai.  
Alis kening juga salah satu perbuatan yang haram, perkara yang dilaknat Allah.

Tapi sekarang Alis kening ni da menjadi trend terkini. Nmpak kolat bila kening tue tebal memanjang. Jika kening tue tebal dan membuatkan orang mengejek, ia diharuskan tapi jika niat kita hanya untuk mencantikkan ianya haram.

Banyak jenama mewarna rambut dekat luar sana yang ditampal loga halal,  
tapi adakah ia betul-betul halal dari segi islam ???

Rasanya semua nie telah kita belajar dari bangku sekolah lagi, dalam pendidikan islam mahupun pendidikan syariah islamiah. Jangan la hanya belajar sahaja tapi tidak menitip beratkan kehidupan kita seharian.

Dah cantik tapi tak bersyukur langsung

Zaman skg ni semua org nk berebut-rebut nak cantik. Sampai guna botox la, cucuk sana, cucuk sini untuk kelihatan cantik. Dorang langsung tak bersyukur dengan wajah dorang yg asli tu.

Bab kata org mcm cendawan tumbuh jak. Pakai kontek lens la, pkai susuk la dan bnyak lg la. Da cantik tp tak bersyukur. Nnt kena tarik balik baru menyesal.

Tapi siapa jgk taknak cntik kan, semua nak cntik tp jgan la sampai menyakitkan diri sndiri. Mengubah ciptaan Allah kan perkara yang HARAM !!!. Alis kening pun haram kecuali ada sebab tententu kalau bab cantik memang haram sebenarnya nak alis kening ni.

Rasanya mana lg cantik yg original ke or yg dah kena ubah ????

Wednesday 8 June 2011

Tak Sangka Dapat Masuk Bloglist Blog Pemes

Kenal tak ???? semua pasti kenal dengan Abg Ben Ashaari kan blog yg pemes gitu deh. Tak sangka Qis dpt masuk dalam bloglist dia. Terharu sangat-sangat la. Terima Kasih Abg Ben …tak tau nak kata apa…TQ…TQ…TQ…

Santai Bersama BEN ASHAARI

Qis pun tak tau bila blog Qis bleh dpt msk bloglist dia padahal hari tu Qis hanya mencari nasib jak ikut segmen abg ben tu…TQ…Abg Ben Ashaari …


Nampak tak blog Qis yg tunjuk guna anak panak tu…gembira sangat2…yeayyyyyy !!!! baru tau ni….hehehe TQ TQ….

Hikayat Merong Mahawangsa Dikritik Habis Oleh Org Luar Negara !

Banyak da sya baca pasal merong ni, ramai yg suka klu di Negara kita jak tp klu luar Negara kena kritik habis. Sebab tak sehebat filem dorang. Memang la kalau filem Malaysia takkan lagi standing dengan dorang. Dorang dah lebih maju dulu dari kita kat Malaysia ni.

Apa pun dorang Team KRU da buat sebaik mungkin da untuk tojolkan effect CGI dorang. Kira da berani la tu. Dari langsung tak mencubakan.

Sya akui memang filem ni tak setanding lg dengan filem2 kat luar sana tu. 

Sya pun ada baca dekat sini jugak http://www.izyan.com/2011/06/amazon-kritik-hikayat-merong-mahwangsa.html pasal merong ni.


BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU

Santai Bersama BEN ASHAARI

Klik sini Klu nak join 

Tuesday 7 June 2011

Bila La Nuffang Nak Bagi BE Ni ???

Nuffang oh nuffang, bila korang nak bagi saya BE yang gempak sikit. Dah 2 bulan lebih sya guna iklan ni tapi baru dpt RM1 ++ jak. Sikit kan ??? orng lain byk….huhu

Em, sapa tau cara nak dpt BE laju sikit ???

Tiada ke nak share ngn Qis, bab2 iklan ni qis lemau sikit. Hahaha tapi tak pe, sya still ngn nuffang. Sabar kan separuh dari iman…hehehe

Bak kata orang sedikit-sekdikit lama-lama jadi bukit. Tapi nuffang ni macam pilih jak ngn Qis…hehehe owh, sebab Qis tak cantik macam Fatin liyana, yuyu zulaikha atau hanis zulaikha…hahah takde la men2 jak…jangan marah.

Tapi best la jd mcm dorang, senang jak nak dpt BE kan…kan…kan…sekelip mata…huhu takpe usaha tangga kejayaan…jangan banyak merungut, tingkatkan blog pasti bleh capai macam dorang semua…pasti boleh !!!!

Cepat Naik Blogger Cantik & Handsome

Baru saya sedar, banyak blog yg cepat naik mesti dari blog yang cute2 jak owner dia, yg handsome dan kira student pandai la. Asal je tengok, pasti owner dia comel, asal je nampak blog nie top mesti muka dia menawan hati. Jadi kalau blog owner tak cantik jadi lambat nk naik la.

Mcm2 jak dlm dunia blog ni skg, ada yg jual muka semata-mata nk cepat naik ( tiada kaitan ngn spe2 tau ). Ada yg suka kutuk orang sana sini. Komen tak tentu hala dan byk lg la. Naik pusing sya dibuatnya jugak.

Kalau nak naik cepat pun jgn la sampai tak jaga maruah diri tue oi! Nie tak dedah gmbar seksi dekat sana sini supaya cepat naik la. Ramai org tertarik ngn dia. Tapi nak wt camna da lumrah manusia akan tertarik dengan benda yg cntik n memikat hati.

Klu muka cntik tapi otak mcm siput, tiada guna jugak kan.

Jangan la kerna nak cpt popular kita buang maruah diri kita. Pikir2 kan la…hahahaha

Pemenang AF9 Jatuh Kepada ???

Ala, msti tak ramai org tgk pasal af nie da sekarang kan. Apa tk yea, borink. Asyik2, buat gimik dan konpirasi. MInggu depan da konsert akhir. Da sah2, hazama atau fina je menang yg lain tue jadi penghias je jangan berharap la.

Aku tengok hazama dengan fina nie macam awal2 time kemasukkan dorang nampak sombong la. Pastu lagak pandai nyanyi nie. Aku tau la fina tue ada suara tinggi tapi cuba bg suara slow je. Memang nampak sumbang mambang dia.

Aik, kecian aku tengok pelajar af musim ke-9 nie. Baik dorang awl2 je ambil hazama n fina tue. Dah tetap da antara dua org tue je pemenang dia. Tak paya la undi lena dengan azri tue. Banyak undi pun takkan menag punya …caya la…hahahahah

The winner is ??????????


VS


antara dua nie je....kanx3...yg len...cian la...

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

Santai Bersama BEN ASHAARI

Saya join lagi…Abg Ben buat tukar link lagi…hahahah
Sepert semalam aku akan tukar link dan letak kat kawan baruku…
Jom ramai2 tukar link…..:D

Kalau sudi nak masuk, komen kat ruang komen Qis ye, katakan :::

SAYA BERMINAT MENUKAR LINK BERSAMA ANDA

Monday 6 June 2011

Mencari Blogger HOT


Blog saya tak hot tapi join je yea, manatau boleh menang..hehehe
Blog di kemas sesangat…simple…suka2…:D
Jom Join Klik SIni Blogger Hot

JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG

Santai Bersama BEN ASHAARI

Macam seronok jak, ramai yg join..hehehe
Apa lagi Qis pun join jugak la….
Qis akan masukkan dalam bloglist Qis :::

Kawan Baruku….

Kalau sudi nak masuk, komen kat ruang komen Qis ye, katakan :::

SAYA BERMINAT MENUKAR LINK BERSAMA ANDA

KERANA DUIT !

Hai,

Kerana duit ramai yg menjadi mangsa dadah. Kerana duit ramai yg korbankan maruah diri sendiri. Kerana duit ramai yg snggup membunuh dan sebagainya.

Zman sekarang semua org berlumba-lumba mencari duit. Ada yg cari dari hasil yg halal, ada yg cari dari hasil yg haram. Kerana ingin cepat kaya, mereka selalu memilih jalan yg slh.

Ada yang menjadi penjual dadah tapi akhirnya ditangkap dan dihukum gantung. Adakah anda rasa berbaloi semua itu ? jangan la kerana duit anda menjadi buta.

Pikirlah betul-betul sebelum tersalah memilih jalan.


Saya nak boleh ?

Santai Bersama BEN ASHAARI


Sunday 5 June 2011

Nak Seksi Or Soleha ???




VS



Pilih sendiri ????

Seks hobi masa lapang !!!

Seks hobi masa lapang

KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu. 

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan. 


“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.



“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.


Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya. 

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan. 

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru. 

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini. 

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran. 

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya. 

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah. 

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga. 

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat. 

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya. 

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya. 

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah. 

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya. 

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain. 

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat. 

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya. 

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki. 

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain. 

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit. 

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi. 

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran. 

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

By METRO HARIAN

Dekat dunia nie, semakin menjadi-jadi peragai manusia. Bagaikan tiada pegangan agama atau pun didikkan. Bertaubat la kepada jalan yang benar, Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Selagi pintu taubat terbuka buat kamu semua.

Review Pemenang Bloglist Qiszana ( Kategori Kemas #3 )

Hai,

Jom review pemenang bloglist qiszana dalam kategori kemas……

BLOG GARY!!™

Blog color oren gitu deh, comel2…hehehe lagi pun kemas…x serabut kan. Tak sia-sia masuk sini. Kejap je loading heheheh….So,tinjau-tinjau la ye…papai

Klik Sini Klu Nak Terjah :::


Harap awak akan terus berblog dan terus berjaya dalam dunia blog …..

Friday 3 June 2011

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO

Santai Bersama BEN ASHAARI

Sila lengkapkan ayat ini :  SAYA SUKA BLOG ......... kerana ...... 
( tidak lebih 10 patah perkataan )

Saya suka blog Ben Ashaari kerana best dan banyak segmen!

Thursday 2 June 2011

Tanda Lelaki Ingin Putuskan Hubungan

Lelaki mungkin sukar untuk melafazkan kata putus, tetapi bila si dia mulai menjauhkan diri, itulah tandanya si dia mulai jauhkan diri dari anda. Hati-hati dengan perubahan dan lihat di cermin kesilapan dalam sedar atau tidak yang anda lakukan sehingga mengguris perasaannya. Lelaki juga sensitive……

Sering Ingkar Janji

Si dia mula tidak menepati janji untuk bertemu anda! Ada sahaja alasan saat-saat terakhir untuk tidak dapat bertemu dengan anda.

Pelbagai Persoalan

Lelaki bukanlah lelaki yang mudah untuk meluahkan segala-galanya. Ketika dia merasakan kehilangan cintanya, pelbagai soalan akan mula di tanya…… “Adakah kamu rasa seperti ada yang tidak kena dengan perhubungan ini?” “Mungkin aku bukan orang yang tepat untuk mu…”

Rakan lebih penting

Si dia mulai mencari teman-teman lamanya. Jika dahulu masa hanya dihabiskan bersama kamu, sekarang si dia mulai menghabiskan masa berhibur bersama rakan-rakan. Di hujung-hujung nanti bila anda mula merungut, barulah dia akan berkata anda mengongkong kehidupannya dan meminta putus.

Mula memuji wanita lain

Biarpun dahulu si dia mengagumi kecantikan wanita lain, tetapi tidak pernah diungkapkan di hadapan kekasih hatinya. Tetapi tiba-tiba si dia mula memuji kecantikkan dan kehebatan wanita lain, itu bermakna dia ingin anda berasa cemburu dan tidak lagi menjaga hati perasaan anda.

Mengapa Dia Ingin Putus ?????

Baby, you’re boring……

Sebahagian lelaki ada beranggapan bahawa wanita yang manja adalah jenis yang cute dan comel. Tapi kalau berlebihan apa jadinya, ya? Membosankan ! Jawapan itu memang tidak akan keluar langsung dari mulutnya. Tapi jangan terkejut bila si dia mulai memberikan pelbagai alasan, saat anda merengek ingin di hantar ke salon, pusat membeli-belah atau jalan-jalan. Lelaki mulai jemu dan tidak tahan lagi dengan perangai manjanya…..

Maaf, Ini Adalah YangTerbaik

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya... All the best in everything you do... Jaga diri & iman baik-baik yea~...
-Amin, UK-"
***********
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni... Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah ....? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ....
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan jugafriendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku...

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm... Islamik sket la pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk... Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya..." Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.Tq..." balasnya pula.
Keesokannya, aku menanti awal dia online.
'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam...
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah... baik2 juga... iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni... tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...
Amin: welcome... tak balik. byk kerja sket tahun ni... lagi pun saya nak try bekerja... cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya...
Amin: hurm...
Wani: apa dia? tanya la... sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye... hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh... macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'... tak lebih daripada tu... tp, special sket... tiada couple-couple mcm org lain... declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la...
Amin: hurm...
.....
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj... yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya...
Wani: jadi...
Amin: saya rasa kita harus stop... stop untuk berpisah...
Amin: sbb......
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru...
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai... zina hati akan banyak berlaku...
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'...
Amin: huh...
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai... tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat...
Amin: kononya Islamik...
Amin: saya rasa cara ni tak betul... kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam... then, org nampak Islamik...
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..
Amin: hurm.....
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah...
Amin: demi menjaga diri...& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi...
Amin: sorry... sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat...
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya...
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan...
Astaghfirullahalazim... Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi... Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi...
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa...
Cinta hakiki hanyalah pada Allah...
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.
Aku terus menjawab ringkas....
Wani: thanks & sorry too... saya terima... Alhamdulillah...
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya... Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi... Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
"Sayang... Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
"Ya bang, Wani turun..."
Alhamdulillah... Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.